Friday 24 February 2012

cinta tidak kesampaian..

ditingkatan empat aku telah menyukai dan disukai oleh beberapa orang jejaka tetapi malangnya ada sahaja halangan.. salah satu sebabnya ialah orang yang aku sukai turut diminati oleh rakan2ku.. aku tidak mahu menjadi penghalang kebahgiaan rakan2ku.. aku rela mengundurkan diri.. ada pula jejaka yang menginginkan aku menjadi kekasih kedua.. aku tidak mahu menjadi orang ketiga.. aku tidak mahu melukai hati kekasih hati jejaka tersebut dan tidak mahu digelar perampas.. aku juga perempuan.. aku turut tidak mahu diduakan..

kehidupan terus dijalani

hari demi hari bersilih ganti namun aku tetap aku.. aku masih lagi solo.. aku nekad untuk menumpukan  perhatian pada peperiksaan PMR.. aku belajar bersungguh-sungguh.. siang dan malam buku menjadi teman yang sentiasa disamping.. bukulah cinta hatiku.. aku sengaja menyibukkan diri dengan berkepit dengan buku agar aku tidak terlalu melayan perasaan kecewa dan rasa rindu ..  ternyata dengan berbuat sedemikian aku hanya melupai cinta monyetku buat seketika cuma.. hasil daripada ketekunan dan kesungguhan aku menelaah, aku telah memperoleh keputusan cemerlang.. aku sangat gembira tidak terkira tetapi sayangnya aku xdapat kongsi kegembiraan dan kejayaan itu bersama cinta monyetku yang tidak lagi kembali setelah hampir setahun meninggalkanku.. 

Thursday 23 February 2012

penantian cinta monyetku...

kenangan aku bersama cinta pertamaku masih segar dalam ingatan meskipon si jejaka telah pergi meninggalkan aku tanpa sebaris kata.. aku tak pernah melupai sidia walau sedetik.. aku selalu menantikan kepulangannya untuk kembali bersamaku.. aku seolah-olah tidak dapat menerima kehadiran cinta baru..aku terus menanti dan menunggu.. dalam tempoh itu aku telah mengenali beberapa jejaka  yang begitu ambil berat(sayang) diriku.. aku tidak merahsiakan penantian ini daripada pengetahuan mereka.. sejujurnya aku memberitahu bahawa aku masih sayangkan dan sukar melupakan sidia..  mereka sangat memahami diriku dan mendoakan kebahgiaan hidupku..aku terasa begitu bertuah kerna dicintai oleh insan2 sebegitu.. terima kasih dan jutaan maaf sahaja  yang mampu kuucpkn... aku bukannya tidak menyayangi mereka tetapi hatiku seolah keras dan dikunci rapat..

Tuesday 21 February 2012

cinta pertama..

cinta pertama ini diibaratkan sebagai CINTA MONYET dalam sejarah hidop aku... aku mula berkenalan dengan si jejaka i2 sejak dibangku sekolah rendah ag.. perkenalan kami hampir 2 taon.. pada mulanya aku hanya sekadar menjadi posmen.. posmen cinta dia dan cinta lamanya.. dalam diam tanpaku duga aku mula menyimpan perasaan suka akan dia.. aku tidak mengharapkan hubungan yang serius kerna aku tak pasti adakah dia juga menyukai diriku.. kami sering bertentangan mata dan berbalas senyuman.. terbit satu perasaan bahgia dan gembira tatkala begitu.. senyuman yang begitu bermakna.. hasratku untuk mengenalinya dengan lebih dekat terkandas ditengah jalan apabila aku mendapat tahu dia sedang bercinta dengan seorang gadis.. aku tidak mahu menjadi orang k3 dan bagiku cinta bukanlah menjadi perkara keutamaan ketika itu.. aku masih muda..aku mahu menumpukan perhatian untuk menghadapi peperiksaan UPSR.. aku mahu banggakan kedua ibu bapaku.. aku hanya mampu melihat dan sentiasa memperhatikan dia dari jauh.. aku bahagia apabila melihat orang yang aku suka/sayang gembira.. :))